Apa yang dapat anda fikirkan dengan sebaris ayat seperti itu? Cuba hayati betul betul maknanya. Begitu mendalam. Dunia : hidup kita. Rumah tempat kita tinggal - mandi makan dan tidur sahaja. Katil tempat kita tidur - merehatkan badan dan bermimpi menjadi sesuatu yang lebih baik. Sekolah tempat kita belajar - belajar apa? Kutuk cikgu, buli junior, ponteng kelas tidur kat bilik sakit. Terbaik! Pejabat tempat kita kerja - makan gaji buta dan online facebook, tulis blog. hehe. KLCC, Sg.Wang, Pavillion tempat budak budak sekolah jual muka - tempat kita membazirkan duit duit kita dan tempat budak budak SAHAJA lepak. Dalam dunia ni kita nak yang elok elok sahaja. Nak pakai cantik cantik, branded. Kereta besar naik sorang bagi jalan jammed. Rumah besar banyak aircond. buat apa? Berlagak? Ada duit berkepuk kepuk, show off. Padahal semua tu sementara je.
Neraka : Tempat kita menerima balasan atas segala perbuatan kita didunia tadi. Minum arak untuk lupakan masalah. Berzina memuaskan nafsu. Salah guna dadah nak terbang tinggi tinggi, nak kemana? AirAsia, MAS kan ada murah je. Orang seludup dadah pun guna kapal terbang jugak. Ye dak? Nanti dah terbakar kat sana baru kita tau apa erti insaf, tapi semua tu dah terlambat dan tiada gunanya lagi. Sekeliling kita semuanya sama je, semua terseksa tanpa ada seorang pun yang boleh tolong kita. Semua boleh tolong tengok je, kita pandai buat kena la pandai tanggung. Nak seronok sangat terbang macam layang layang kat dunia pun tak boleh juga, kena fikir tempat kita kat akhirat nanti, di alam barzakh nanti. Mana la agaknya tempat aku? Korang semua tau tempat korang?
Tapi kalau korang fikir balik elok elok, ada maksud lain sebenarnya ayat tu Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang Layang. Dari tadi apa yang aku tulis tu semua untuk buat korang berfikir, tapi korang fikir betul betul tak? Korang dah fikir pasal cerita tu je kan. Sebenarnya tu saje je mengarut, tapi patut dijadikan teladan dan buah fikiran masing masing.
Apa yang nak disampaikan disini ialah ayat tadi kalau disingkatkan akan dapat sesuatu yang best ke tak best pada korang tak tau lah, DUNHILL. Cuba tengok betul btul. =)
Monday, January 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment